Wednesday, November 25, 2009

I'm back...

Akhirnyer...aku dpt gk online kt pc setelah sekian lamanyer menanti...
tak dpt nk bayangkan camne rasenyer... ish, klu korg terjadik peristiwa cam aku nie, sure rase cam murung.. sedih... sayu.. tertanye2.. hehehe...
aper2 pun banyak nk citer.. walaupun citer dh basi..
yg latest, esok pagi kul8.25, diksu akan balik ke semporna utk raye haji & terus posting atau dlm erti kate lain, menetap trus di sana, waaa.....sedih sgt... sekejap jer dh setahun dia ber"KPLI" kt cni... mcm teringt2 saat, dia susah hati sbb kena kursus kt maktab cheras cni.. tup2 nk balik dh.. wpun ada aktiviti2 yg kitorg plan blum sempat kitorg sempurnakan, diksu & afif akan tetap tinggalkan kitorg kt cni...

Saturday, October 17, 2009

marah

hari ni, aku rase aku dh buat org marah.. klu org luar, aku tak kesah. tp org ni adalah org yg penting dalam hidup aku & org yg paling aku sayang... aku tak tau camne nk ckp or mintak maaf sbb dia tak marah/cakap aper yg dia marah. tp dia dingin..
aku rindu sgt kt dia yang ceria, yang menghiburkan, yang mewarnai hidup aku hari2 lalu, tp hari ni...

Friday, October 16, 2009

Al-fatihah buat nenek


nenek yg duduk di sebelah paling kiri

Yg ni, citer terkini.. Nenek hubby sebelah ayah, kembali ke rahmatullah pada 13/10/2009 9.10pagi. Dapat jer call dr hubby, aku terus ambk EL. Kitorg balik ambik Shahmi kt umah baby sitter & gerak g UKM, ambik ateh (adik ipar aku). kt kg, ramai dh ada.. aku sempat sedekahkan yasin sekali jer sbb Shahmi dh ngamuk2… rimas kot, ramai org….”org” yg datang… Kitorg duduk dlm keta sambil menunggu selesai mandikan jenazah. Aku tolong separuh jer masa mandikan sbb teringat ada anak kecik, bukan aper, takutla benda2 yg tak elok… terkilan jugak, sbb itu sepatutnya adalah hadiah terakhir aku buat nenek… aperpun, lebih kurang sebelum Asar, semuanyer selesai.

Aku last jumpe nenek masa openhouse kt umah PakLong Kg Baru. Nenek senyum2 jer time tue, cuma nenek ada mengadu badan dia ada sengal2 sket… walaupun aku kenal dgn nenek sempat dlm 3thn jer, tp bagi aku, nenek seorg yg happy, sihat and senang nk dibawa ke mana2… Anak2 & cucu2 nenek, rajin mengajak datang KL, jenjalan rumah dorg, kerap jugakla… aku rase dlm sebulan mesti ada sekali.. dan yg penting, nenek mmg tak penah menolak… memang sihat, masa raya aritu, masa kt dapur, mmg dia ada ngadu kate tgn dia sakit. Aku rase, sakit2, sengal2, tue semua tanda2 dia dalam 100hari, Cuma aku jer yg tak sedar. Nasibla raya tahun nie, aku bersama dia, klu tak rase terkilan jugak.. betul la org kate, ajal maut di tanganNya, masanya kita tak tahu. Hari ahad aritu, nenek masuk hospital sebab keracunan makanan, ari selasa…dia menghembuskan nafas terakhir… Allah memudahkan pemergiannya, kite nanti tak tau la camne… Al-Fatihah…

Raya 2009


Lama aku dah tak bercerita dlm blog nie, bukan aper, terlalu banyak nk cerita sampaikan tak tau mane satu nk citer dulu, hehehe…

Okla, bab raya… tahun nie belah hubby. Tp 1st pagi raya, kitorg kt belah aku dulu. Lepas makan & sesi bersalaman, trus jer gerak ke Greenwood, Nenek hubby sebelah ibu. Kt sana, makan lagi & bersalaman… pastu, terus gerak balik ke Melaka, Alor Gajah. Yang nie, belah Ayah mertua aku. Sampai jer dh petang. Takdela nk jenjalan mana. Cuma malam tue, kitorg pegi beraya rumah yg dekat2.. tp aku and Shahmi, sempat raya sebuah umah jer sbb kitorg berdua dh ngantuk, hehehe… Esoknye, barula beraya di rumah atuk & nenek sedara. Konvoi dalam 6-7keta gak la… Aku tak sure sangat nama panggilan dorg, tp 1st umah Nenek Busu, kt sini yg special rending itik. Nenek busu ni jual popia goreng, ala yg kecik2 tue… sedap ooo… yg best ada sekali tu, aku dapat makan yg panas2, baru lepas angkat dari kuali, hehehe… Rumah ke-2, aku panggil rumah bawah pokok, sbb keliling rumah dia banyak pokok, redup jer… Selalunyer rumah dia ni ada laksa, tp tahun nie takde lak, kepingin aku, hehehe… Rumah ke-3 yg dekat dgn masjid, kesian lak kt nenek ni, dia tak sihat, so kitorg takdela nk lelama kt sini. Rumah ke-4, aku panggil rumah padang… hubby tak puas hati bile aku kate ada padang, sbb kate dia bukannyer luas sgt smpi aku nk panggil padang… tak kesahlah, sbb aku rase mmg kwsn depan umah dia luas… kt sini, shahmi dh layan tdo… dari sampai hinggala nk balik… penat sgt la tue… Malamnyer sebelum balik kl, kitorg beraya kt sebelah umah nenek busu, klu tak silap yg nie sedara sebelah ibu mertua. Aku nie mmg pelupa bab2 nama org nie.

Yg tak bestnyer raya kali ni, aku kurang ambik gbr, sebabnyer…aku dah G***K…. argghhhh….tensen… daripada aku hangin tengok muka aku yg tembam, baik takyah ambik lgsg, ahaks!

email utk dikongsi bersama sbg tauladan

Email nie, aku dpt lama dh… tetibe rase nk share dgn kengkawan… salah klu tak berkongsi ilmu yg ada… harap2 email ni dpt membuka mata para isteri & suami supaya menjadi insan yg lebih memahami.. Insya Allah…

SUATU PERJALANAN

"Tanggungjawab suami selain memberi nafkah dan mencari rezeki, jangan lupa bimbing anak dan isteri. Kalau suatu hari berlaku selisih faham, jangan cepat menuding jari. Duduk berbincang dan cari kata sepakat. Tiada bumi tak ditimpa hujan." Teringat pesan ayah di suatu petang.

"Ayah dulu bila arwah mak mula bising bersuara, ayah tak balas dengan kata-kata. Ayah keluar hidupkan motor, pergi ke Behrang cari mee goreng mamak. Bila sampai saja di rumah, ayah hulur pada arwah Mak, muka yang tadi masam terus tersenyum riang. Suami kena tahu kesukaan isteri, supaya mudah memujuk hati," ayah menambah berkongsi pengalaman selama 41 tahun bersama arwah Mak.

Persefahaman antara suami dan isteri bukan boleh dicapai sehari dua. Ia merupakan satu perjalanan sepanjang usia perkahwinan. Cabaran dan dugaan pastinya tidak sama, di awal, pertengahan dan di hujungnya. Justeru, sikap saling memberi dan menerima sangat perlu dipupuk dan dibaja. Memberi kelebihan diri untuk saling melengkapi. Menerima kekurangan untuk saling menginsafi, suami mahu pun isteri bukanlah manusia sempurna.


SILAP ISTERI

Kesilapan isteri bermula apabila melupakan kebaikan suami kerana benci dengan sikapnya yang tidak menyenangkan hati. Silap menjadi dosa andai keistimewaan suami orang yang sering dibicara. Keburukan suami dijaja, atas alasan minta nasihat rumahtangga. Tapi apa maknanya kalau semua orang bercerita. Rasulullah SAW pernah mengingatkan melalui sabdanya yang bermaksud :

Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka". Seorang wanita lalu bangun bertanya, 'Apakah yang menyebabkan yang demikian? Adakah sebab kami ini kufur?' Rasulullah SAW menjawab, 'Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada dua tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu ke dalam neraka: Kamu banyak mengutuk atau menyumpah Kamu kufurkan kebaikan suami.'

Ada kalanya, isteri merajuk tanpa sepatah kata. Suami yang tak tahu menahu, terus buat biasa. Muka isteri semakin kelat, hilang serinya. Menahan ego diri, ingin dipujuk dengan kata cinta, namun tidak berbicara dan bersemuka. Suami tertanya-tanya sendiri, akhirnya terasa hati. Salah siapa agaknya, bila masing-masing memendam rasa. Kasih mula bertukar marah. Marah marak menyala benci.

YANG LEBIH, YANG KURANG

" Awak beruntung ye, dapat suami yang memahami. Tak seperti saya. Hari-hari menjeruk rasa, " luah seorang teman yang baru beroleh cahaya mata.

" Suami saya juga ada kurangnya. Tapi kelebihannya lebih banyak untuk saya perkatakan. Saya pun isteri yang ada salah dan silap, " jawab saya supaya dia buka mata.

"Ada suami yang tak pandai urusan rumah tangga, namun dia bijak berjenaka, meriah suasana. Ada suami yang jarang menghadiahkan bunga, tapi selalu membelanja anak dan isteri dengan makanan istimewa. Dan ramai juga suami yang tidak reti memujuk, bermain kata. Tapi mudah bertoleransi bila diminta bantu sini dan sana . Ketepikan kekurangannya dan ambil kelebihan. Pasti awak juga akan rasa bertuah beroleh suami seperti dia." pujuk saya lagi. Moga-moga dia berubah hati. Kembali 'memandang tinggi' kehadiran seorang suami.

ENGKAU TERBAIK UNTUKKU "Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri, buang yang keruh, ambil yang jernih. Baru teguh peribadi".

Wahai teman bergelar isteri, mari kita muhasabah diri. Pohon keampunan dari Ilahi agar cinta Nya bersemi kembali. Banyakkan istighfar dan juga sedekah, kerana janji Allah setiap kebaikan menghapus kejahatan. Susunkan jemari pintalah kemaafan dari lelaki bernama suami. Jangan bertangguh dan jangan lengah. Bimbang maaf tiada serinya lagi.

Pandang wajahnya, lihat matanya. Bisikkan di sanubari, " Terima kasih, suamiku. Engkau terbaik untuk diri ini." Ingat, kehidupan didunia adalah sementara dan jikalau kita dijodohkan, maka harus untuk mencari kebaikan dari apa jua kesalahan.

Mencari dan terus mencari cinta Ilahi. Saling berpesan-pesan kpd kebaikan..

Sunday, September 13, 2009

rambut raya Shahmi

dlm kul1 td, aku bawak Shahmi g gunting rambut atas alasan, rambut dia dh panjang & kne ada rambut baru untuk raya.. mcm budak2 lain jugak, Shahmi takut dengar bunyi mesin pencukur tu. tp dia takdela sampai meraung2 cuma, mengelak2.. risau jer aku tengok brother tu selamber jer mesin gak walaupun Shahmi mengelak2.. maybe dia dh biaser dgn perangai budak2 yg mengunting rambut.. tp yg kelakar masa aku nk ambk gambar, brother tukang gunting tu, punyerle mengelak taknk masuk dlm gambar, hehehe.. taknk glamer kot.. macam tau2 jer aku nk masukkan dlm blog...
lepas gunting rambut nie, aku rase muka shahmi macam muka budak "N*K*L"... ibu kate jgn sebut nanti jadi "N*K*L" betul2.. yeke??? hehehehe...

projek: kueh raya


semalam & arini, aku dan diksu habiskan projek kueh raya... tp buat sejenis jer, yg lain beli. sbbnyer kueh nie senang nk buat tak payah bakar2..hehehe... tp biaser la, pembantu kecik dua org tu, turut serta walaupun tak diajak..

Saturday, September 12, 2009

Berbuka pose...


Hari ni, aku berbuka pose dengan geng teknik.. kalau ikutkan, bukanlah geng teknik sangat pun, setakat kawan2 yg kitorg rajin contact @ berjaya contact jer... mulanyer, aku ingtkan tak dapat pegi, last minute berjaya jugak.. happy sgt...dpt jumpe kawan lama...masing2 dgn pasangan & anak memasing... wpun ary & fahmi tak dapat nk bawak pasangan dorg, tapi tetap meriah...
dulu masa kt teknik, kitorg ada la gabung2kan nama: G.I.F.A.M.Z.J.E.K.A...hehehe... mcam tak penah buat.
G - Gee, patutnye nama dia norzila fauzi tp sebab ada lagi sorg nama zila so, kitorg paksa dia guna nama gee nie... asal-usul nama gee, tersangatlah rahsia atas sebab2 menjaga hati org lain, kuang..kuang...
I - Icham, aku lah
F - Fied, Noor Hafidzah, mmg nama dia dari dulu lagi... orgnyer comel..mmg tu pun trademark dia, fied yg comel
A - Ary, ni lagi sorg nama Harzila, kitorg sebulat suara panggil dia ary... wpun jauh sgt bezanyer dgn nama sebenar, bukan aper biar adil. dua2 zila pun takkan guna nama zila, hehehe...
M - Miza, nama penuh Mizalina...jangan main2 dgn nama dia, bahaya...
Z - Zura, kawan aku yg paling berani dalam buat ape2 keputusan.. lama betul tak jumpe dia, sejak aku kawin, dh 3tahun dh.. bile la blh jupe...
J - Siti Joehana, arini dia tak dapat dtg sbb husband dia kt pelantar kerteh... mengikut kata Izaq la, aku pun dh lama tak contact dia. last jumpe masa dia kawin
E - Effie, lupe lak nama penuh dia... dia ni keturunan Syed/Sharifah.. kalau mengaji, suara dia mmg sedap..
K - member aku ni dah ada 2anak dah.. mendahului semua yg lain... Akmarwati/Kema, aku tak sure nape tak dpt dtg, lupe nk korek
A - ayu adalah geng kitorg yg paling ayu, sememangnyer sesuai dgn nama...

Bile tgk muka2 yg hadir, terasa yg aku ni dh tua.. dh lama meninggalkan alam persekolahan yg menyeronokkan, menghiburkan, mematangkan dan mencoretkan seribu macam kenangan yg tak dapat diulang lagi & takkan berlaku lagi... sedihnyer...
kepada yg hadir, terima kasih...kerana mengembalikan semula kenangan lama..
kepada yg tidak dpt hadir, aku harap sgt dapat jupe korg lain kali...

Friday, September 4, 2009


Hari Kejadian : 31/08/2009
Masa : 7am-8.30am
Tempat : Taman Sri Gombak

Masa nie, aku & Shahmi jer yg tak tido lagi lepas sahur. Tah kenapa, dia taknk tido langsung. Asyik ajak keluar rumah… tepat 7pagi baru kitorg berdua keluar. Mula2 malas jugak. Tapi bile pikirkan yang aku kurang ada quality time dgn Shahmi, aku buang perasaan malas jauh2… mmg seronok tgk dia menghayati keindahan pagi. Dengar bunyi anjing, kucing, terus jer dia cari cecepat, siap buat bunyi lagi, hehehe… “gong..gong.. miaw..miaw…” dah penat, dia tunjuk lak padang permainan. Kecik jer padang permainan nie, terletak sebelah surau, setakat yang ada pun buaian, gelongsor & jongkang-jongkit. Elok jer nk sampai padang permainan, atuk Shahmi (ayah mertua aku) on the way balik umah dari surau. Terus jer Shahmi mintak dukung & ajak main permainan kt padang tue.. Tgkla gbr yg aku attach nie, Shahmi mmg manja, maklum jelah cucu sulung… smua kerenah dia, org akan ikutkan jer…

“Shahmi jgn kecik hati tau, ape pun perangai manja Shahmi, mama tetap sayang….”


Aku betul2 busy minggu lepas, membawa ke minggu nie.. banyak benda yg jadi & banyak benda kne handle.. 1st aku nk citer pasal birthday Afif.. Kitorg sambut masa berbuka puasa 31/8/2009 –MERDEKA!!! Muhammad Afif bin Sulkifli sudah genab 2tahun.. Macam2 perangai baru dia keluarkan setiap hari.. dan setiap hari jugakla mummy dia (diksu) terpaksa menjerit2, hehehe… sambutan kali nie, diknas (adik bongsu) aku sorg jer yg takde. Dia kate kt ayah kne buat assignment. Kitorg takdelah nk call sbb mmg ingtkan dia akan balik. Dia pulak kate, nape tak bgtau, blh balik kejap. Biaserla bile dh ada handphone pun, miscommunications tetap akan terjadi.. Aper2pun Afif dh tersengih2 malu masa mummy dia pasangkan lilin. Teringat rungutan diksu enam bulan lepas, “Afif tak boleh bercakap lagi, dia tak boleh sebut perkataan betul2.. adik nk bawak jumpe pakar la..”. tapi sekarang lain pulak rungutan dia, “Afif banyak cakap, tak larat nk jawab soalan dia. Asyik ikut balik apa yg org cakap jer”. Sekarang, baru tau tak larat layan, hehehe…

To Muhammad Afif,
“HAPPY BIRTHDAY-2years. MAMA LOVE AFIF SO MUCH..”

Wednesday, September 2, 2009

Projek..oh projek...

terase busy betul minggu nie... banyak benda nk buat.. tak sempat gk nk edit gbr bday afif... projek2 yg terlibat:
1) hamper raya (dgn ayang)
2) hiasan kt opis utk raye
3) SHOPPING... (sogo & JJ)
4) program berbuka puasa dgn kawan2 hubby
klu sempat, aku citer malam nie... ni dh lewat nk siap g keje... aku rindu jia & ili.. nape lama korang tak update blog...??

Friday, August 21, 2009

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK,
Selamat menjalani ibadah terawikh, selamat berbuka puasa...
jgn luper baca niat & doa bebuka puasa

Wednesday, August 19, 2009

Diet Yang Tak Menjadi…

Aku hangin jer biler org yg tak penah2 tegur aku, tetibe jer mempersoalkan berat badan aku… Pelik kan??

Tapi aku terpikir jugak, gemuk sangat ker aku nie??? Nampak sgt ker pipi tembam? berlapis ker dagu aku? Lengan aku dah berotot ker?? Peha dah besar ker?? Adus, benda nie la yg memeningkan kepala aku dlm 2bulan nie.

Ni aku nk citer 2bulan dulu, 3minggu aku tak ambik nasi langsung. Aku makan sandwich utk breakfast, lunch makan buah jer takpun aku bancuh oats & dinner aku cuit2 jer lauk… jangan tak tau, aku gagahkan jugak buat sit up, hehehe… tp timbang2, berat aku still sama… tak turun pun.. yg paling sakit hati, ada budak opis tegur, dia kate, “Noor, makin hari aku tengok muka ko makin kembang…” Aper kes??? Sakit betul hati aku. Dah la tegur sekali, masa nk balik depan lift, depan org ramai pun dia tegur lagi.. “Eh, betul la Noor. Ko mmg nampak lagi kembang”. Lepas kena tegur tu, aku terus hilang semangat nak berdiet. Mane tak, aku bersungguh2 control makan, tp org still tegur aku makin “kembang”, istilah sebenar adalah GEMUK.

Kalau kate aku makan byk, aku sukat tau aku nyer nasi. Mane penah tambah, mane penah betul2 satu senduk… Lauk pun aku dah tak makan mcm dulu2 sebelum aku kawin. Takde dah istilah ratah-meratah… Lepas bersalin pemakanan aku dah berubah, aku terpaksa control makan.. Tp masih takde perubahan…

Start esok, aku nak berdiet balik. Cuma kali ni, aku nk buat bersungguh2 lagi dari sebelum ni. Aku dah dapat semangat baru. Aku dah ada resepi baru. Member opis aku, S (bukan nama sebenar –saje jer taknk glamer kan nama dia dlm blog aku ni, hehehe…), dia yang bagi semangat and resepi. Aku nak cuba dulu seminggu. Kalau berjaya dan kalau tidak berjaya, aku akan citerkan balik selepas seminggu. Aku akan detail kan aper pemakanan aku & senaman yang aku buat. Berjaya atau tak berjaya sebenarnyer tak penting, aper yang penting, aku kena berusaha & mencuba. Betul kan?

P/s : Hubby, terima kasih banyak2 sebab tak jadi pengkritik dalam hal ini. Tapi Hubby adalah penyokong yang setia dalam segala usaha yang sayang buat, walaupun kekadang bunyinyer mustahil, hehehehe….

Monday, August 17, 2009


Birthday Hubby…


Aku rase, aku rase la… malas nk tanyer sendiri, klu tanyer Hubby mesti buat jawapan yg tak bape nk ikhlas dari hati…

Aku rase Hubby gumbire menyambut birthday dia tahun nie, sbb sambut sampai 3kali… dapat makan 3jenis kek yg berbeza… aku pun tumpang tui.. hehehe…

Ahad (16/08/2009) –lewat 2hari dari birthday hubby, dalam kul 10.30pagi. kitorg sambut kat Ampang. Ibu, Diksu, Afif, Shahmi and aku. Hubby buat muka segan. Nasib ada Shahmi boleh cover sket. Hehehe… Yang takde Ayah (pegi main golf) and Diknas (kat Unisel, banyak assignment kot…aku tak call pun, takut dia terpaksa balik, jauh tue buat penat jer)

Petang dalam kul 2 kot, klu tak silap…aku tak tengok jam, agak2 jer… kitorg sambut kat Gombak lak. Yang ada Ayah Mertua, Ibu Mertua, Kak Long (kakak Ipar), Ayang (Adik Ipar), Arif (Adik Ipar), Shahmi and aku. Yang takde, Ateh (Adik Ipar), dia kat UKM, tak dapat balik sebab banyak keje… biasa la bile dh start sem baru, macam2 la assignment nk kena buat. Ish, rindunyer zaman tue..

Aku banyak kali jer tanye hubby, “sayang nampak tua dari hubby tak?” Alah, korang pun dapat teka aper jawapan dia….

Mmg dari dulu lagi Hubby seorg jer yang tak penting pada pernampilan aku. Dia kate nie semua duniawi… Walau aper pun jawapan dia, aku sentiasa rase takut dgn usia dan penampilan, nape??? Yelah setiap tahun, aku akan tetap 5bulan tua dari dia, ayak!

Aku ada banyak pending cerita, pasal g PD, g Cherating, g Terengganu.. Ish bile la dapat citer… nanti2 la aku try jugak cari masa…


Hari ni aku nk buat pembetulan sket… diksu baca blog aku semalam, pastu dia kate… “oo..baru adik tau, ko tak suke bawak shahmi jalan2 yer…”

Sebenarnyer bukan aku tak suker, bawak Shahmi jalan2… aku tak suker bawak Shahmi jalan2 sekarang…time tengah panas utk kes H1N1 nie jer… aku lagi tak bape nk suke2 tinggalkan Shahmi dgn org. Hati tak tenteram… klu dgn baby sitter, weekdays jerlah.. klu weekend, Shahmi mmg dgn aku. So far, aku belum penah tinggalkan Shahmi utk pegi outstation atau ke mana2 la… dan aku harap aku tak kena buat keputusan itu…

Mama sayang Shahmi sangat2… ingat tau!

Friday, August 14, 2009

Happry Birthday Hubby -28

Happy birhtday to you..
Happy birthday to you..

Happy birthday to Hubby...

Happy birthday to you..


well, semalam 14-08-2009, hubby genab 28thn.. "besar" dh dia, hehehe.. kitorg berdua jer g celebrate sbb tak brani nk bawak Shahmi jenjln kt luar.. wpun bday hubby, tp dia tetap tunaikan permintaan aku. kitorg layan "The Proposal", best giler... citer tue sweet.. romantik komedi... sesuai la, di saat kitorg nk berromantik2 tanpa anak nie, kuang..kuang...kuang...
aku mmg ada masalah dgn hubby dari segi pemberian hadiah, dia taknak...sebulan sebelum bday, hubby dh mintak nk kasut futsal. aku ok jelah.. tp mane blh nk g beli tanpa dia. sbb nyer tak tau kasut camne yg sesuai utk futsal & citerasa dia masa nk main bola tue. tahla, klu dgr dia bercite pasal kasut futsal, mcm susah jer nk pilih. yg tue keras la, tapak licin la... ada ajelah yg tak sesuai...
pastu terpikir gk la nk beli aper2 jer utk dia sbg hadiah, tp mane ada ruang nk g beli tanpa izin dia.. sbb aku sentiasa keluar dgn dia sahaja... mane penah tanpa dia... alam perkahwinan membuatkan aku kengkadang terluper yg sebelum nie, aku seorg yg pandai berdikari...
aper2pun, aku tetap akan lagi tua 5bln dari b sampai biler2... adus...

p/s dh lama giler aku tak drive, sebln..? dua bln..? lebih lg dr itu...


Thursday, August 13, 2009

3rd Anniversary 04.08.09



Wah, lama betul aku tak online... rindunyer tahap cipan.. hehehe... byk sgt yg aku nk story ni, tp dr td shahmi dh tarik2 baju aku ajak masuk bilik, dia nk tdo la tue...
so, tak dpt nk story lelebih...

kitorg sambut dh sambut 3rd Anniversary pada 04/08/09 aritu..cepat betul masa berlalu.... takde pun g candle light dinner.. setakat hubby melayani hobby lama aku, tengok movie... kitorg tgk Harry Potter & Setem... ikut hati aku nk buat marathon 3 citer, tapi takut lambat balik umah nk ambik Shahmi. klu ikutkan hubby, dia tak bape suka nak tukar2 present nie, so sebagai kenangan, aku beli jam dan kad... jam sebagai simbolik kepada masa yg berlalu dgn pantas, sedar tak sedar dh 3tahun kitorg bersama..
oklh, stop cni dulu... nk tdo kan shahmi...
aku akan cuba gk cari masa untuk citer pengalaman yg telah berlalu...
oh, ya.. khas buat ili... gbr terbaru aku... muka jer, badan nxt time, hehehe...

Monday, June 8, 2009

Balik kampung..

Weekend aritu aku balik kg langkap... dua pupu aku kawin.. ayah aku dan ayah dia sepupu la.. takdela aper nk citer pasal wedding tue, same jer mcm org lain... dh setiap minggu kena attend wedding, sampaikan aku dh tak rase excited nk tgk pengantin bersanding, bertambah kurang excited bile Shahmi dh start buat perangai tp pengantin lelaki tak sampai2 lg.. aku balik kg tanpa hubby, sbb dia nyer sepupu dan bestfriend dia pun kawin ari sabtu tue jugak. so terpaksa berpisah sementara.. Shahmi ikut aku, kitorg naik sekereta jer, ayah ibu dan diknas.

mula2 risau jugak, takut Shahmi takleh tdo sbb beralih tpt.. tak sangka pulak, lg nyenyak dia tdo, hehehe... Bab yg kelakarnyer bile tgk dia dpt jalan bebaskt luar rumah... tp bab yg tak bestnyer, bile tgk dia selamber jer duduk atas tanah... ibu kate aku kena kerap balik kg, biar dia tak jakun sangat... tp mmg jakun pun bile dgr bunyi ayam berkokok pagi... dia mencari2, pastu siap tiru bunyi lg, hehehe...







macam2 perangai baru yg Shahmi buat setiap hari... esok tentu ada banyak lagi... kite berceriter lg esok...

Wednesday, June 3, 2009

Halfday 02/06/09

sebenar2nyer aku ambik halfday sbb g check up Shahmi, dia dh setahun 4bulan.. masa mmg cepat berlalu... dlm pada menimbang shahmi, aku pun menimbang jugak ler... Shahmi berat naik 300g, tp mama Shahmi naik 3kg dr bersalin dulu... ish, penat jer aku control tak makan nasi minggu lepas, tak menjadik jugak... mula la aku terase jeles dgn Mrs Zuki tue, badan dia slim, beb! hehehe...
dhla, lupekan citer sedih tue seketika... check up abis awal, ajak hubby g KLCC nk beli bedak... aku cakap bedak aku ada jual kt MidValley, KLCC & Sogo jer, tpt lain takde... Pepaham jerla... takkanla aku g beli bedak jer, mesti la aku nk berdating dgn hubby.. tp takkan berdua sbb Shahmi dh ada... Kebetulan pulak, time cuti sekolah ni, ramaiyer org... dh tue ada lak LEGO buat aktiviti kt tengah2 tue, makin ler ramai.. aku pun meramaikan org dgn menyelit sama... Ish, rajin betul dorg buat replika tue dr lego... teruja kejap...betul la org kate, bdk2 ni perangai dorg berubah cepat... Dlu Shahmi tak reti nk mintak2, tp skrg dh pandai nangis sambil lentik2 badan... Sabar byk2.. aku rase mcm bdk lain jugak, klu ternampak keta menyanyi nie, sure nk naik... tgkla tue, muke excited.. tp bile tgk gbr nie, terase dia mcm dh besar sgt dh...
gbr sebelah tue, malam dlm kul 9.30... tak tau nape tetibe jer Shahmi nk pakai beg & selipar abg afif dia... pastu jenjalan satu umah... yg tak bestnyer... si pengarang jantung hatinyer ada jer melekat kt mulut... mummy dia siap tegur, "Shahmi nie, gaya nk pegi sekolah dh ada, tp puting jer yg buat slack"

Syok tgk anak membesar... ada jer perangai baru yg dibuatnyer setiap hari... Jom, kite hayatinyer sama2.... esok kite citer lagi...


Sakit Mata



Ish, macam berkurun lak rasenyer aku tak online nie... buat info kengkawan, aku kena sakit mata dari ari selasa (26/5/09), siap dpt MC lagi... pastu sakitnyer, pedihnyer berlarutan berhari2... tue yg aku tak brani nk online, yelah kt office terpaksa guna PC, klu kt umah pun takut mata lambat baik sakitnyer... hari ni, aku gagahi jugak sbb dh rindu nk tau perkembangan kengkwan aku, hehehe....

Saturday, May 23, 2009

Citer dulu2...



Tetibe teringt nostalgia lama, nie yg perasaan rajin terus datang... erm...time tue macam2 perasaan ada, kelakar kan bile ingt2 balik..
Aku dirisik pada 01/01/06 -sama tarikh dgn wedding Poo. Aku mintak maaf sgt2 pada dia sbb tak dpt dtg tp tak bgtau nape.. Ibu kate jgn heboh2, bukan aper takut tak jadik... so, yg tau pun ada le beberape org kawan, tue pun aku tak dpt jemput, Sorry sgt... yg ada cuma Diksu peneman dalam bilik. kt luar lak ayah, ibu dan jiran tetangga 2-3org tu jer..
Tarikh 29/01/06, trus dipilih utk majlis bertunang. 13 dulang balas 23dulang, pelik kan?? yelah, patutnyer balas 15dulang jer tp makcik2 aku tetibe jer datang bawak makanan utk tambah dulang... tue yg jadi banyak tue.. Anyway, tima kasih bebanyak... Jasa kalian akan tetap aku kenang... cewah, mcm tak reti2 bile org dh "menanam", hehehe...
Aku sah menjadi isteri hubby pada 04/08/06, kul 9mlm.. Majlis kt tpt aku esoknyer & kt tpt hubby 06/08/06. complete smua dlm seminggu, pastu migrain aku pun hilang, hahaha... klu tak asyik pikir2 jer persiapan yg tak penah2 siap..
Hari ni, dh 2thun 9bulan kitorg bersama... byk la, suka duka bersama... relaksla, nie lah kehidupan... InsyaAllah, kitorg akan berjaya hadapi semuanyer bersama...

Mummy's Birthday



kitorg sambut birthday diksu malam pada 20may aritu... family kitorg jer. Ayah, ibu, aku, hubby, diksu, diknas, afif & shahmi... Wpun simple, setakat nyanyi "Happy Birthday" sama2, tiup lilin & potong kek, tapi itulah kemestian bg family kitorg, mcm tak sah pulak klu takde camtu..

Cuma kali ni, adik ipar aku (Sul) takde dia kt KK. InsyaAllah, lain kali blh berkumpul semua...
Afif & Shahmi mula2 lg dh excited bile tgk kek. Makin terkejut bile diknas dh nk pasang lilin, hehehe... Aku harap sgt tradisi sambutan hari lahir ini akan diteruskan dlm family kitorg..

"Happy Birthday, Nur Syuhada Abdul Malek... Smoga dipanjangkan umur & dimurahkan rezeki, InsyaAllah..."

Tuesday, May 12, 2009

Happy Mother's day














Wah, terase cepat masa berlalu... betul2 macam pejam celik, pejam celik...
dulu hanya ada sorg ibu dlm umah kitorg, tp skrg bukan setakat ibu.. mama ada.. mummy pun ada.. maknanyer dh bertambah dah family kitorg... ada Muhammad Shahmi dan Muhammad Afif.. dorg pun dah besor... Shahmi dh setahun 3bln, Afif lak dh setahun 9bln.. terhibur tgk dorg membesar bersama.. agaknyer camtu jugakla masa ibu tgk kitorg membesar...

kepada ibu, mama, mummy, mak, emak, ma, ummi, etc.. hayatila detik2 berharga bersama anak2 kite yg tersayang....

Friday, May 8, 2009

citer dulu2...


tak sah rasenyer klu aku tak citer pasal diri aku sendiri & sebelum adanyer Shahmi.. hehehe..

Aku dan B kenal masa kitorg kt matrik UUM lg, time tu kawan2 jer.. bak kate org teman tapi mesra.. yelah, dulu aku selalu ckp kt dia yg dia tue baik. lelaki yg baik adalah utk perempuan yg baik.. itu adalah ayat yg sering aku ucapkan masa dia approached aku... klu korg tye bebdk matrik UUM, ada jer yg kate kitorg couple masa kt matrik lg, salah tue! Hanya Cikgu ili yg tau the whole story, hehehe.. rahsia kite bersama... yg confirm, kitorg start declare masa balik dari umah Cikgu ili. masa tue jugak otak aku dapat berfikir dgn waras, "klu betul dia ni baik, nape aku nk bagi dia kt org lain". Dalam ramai2 lelaki yg aku pernah kenal, B yg paling setia menunggu aku, yg paling tahan dgn karenah aku yg ngada2, cepat marah, cepat melenting, cepat merajuk, bla..bla..bla... (biar B sorg jer tau, malu lah..) Ternyata B ialah jodoh aku...

klu la kite dh tau jodoh kite dari lahir, tak perlu la kite kenal dgn org yg salah sebelum kite jupe org yg betul sebagai jodoh kite.. Tapikan, perkenalan & pengalaman ini membuatkan aku lebih menghargai B kerana dia adalah yg terbaik buat aku..

Sayang B sangat2...Mohd Shahidan bin Soonan
p/s : korg jgn tertipu. Gbr ni diambil pada 15May2007.. hihihi..

Stop dulu kt cni arini, esok aku top up citer lagi.. Gud nite..

Thursday, May 7, 2009

1st day...

At last, berjaya jugak aku mempunyai blog sendiri.. bile tengok smua org ada blog memasing, aku pun teringin. lelebih lagi mendapat galakan dari cikgu ili.. ikutkan B tak galak sgt aku ada blog nie, dia kate blog utk org yg rajin and org yg ada byk masa... klu org cam aku ni, mmg tak sesuai la... Yeke??

surenyer tertanye2 nape aku ambik nama "icham-mulan"... dh nk sejam aku dok pikir nk letak aper, last2 teringt masa zaman2 aku matrik dulu... alah, time citer mulan tgh glamer, setiap ari la aku nk tgk.. tak tau nape, tapi aku suke sgt citer tue... mulan tue berani, bersemangat yg paling penting dia tetap ayu & lemah lembut, hehehe... aku penah la berangan nk jadik cam dia, kelakar kan? tp yg lebih kelakar, bab romantik tu... alah, masa hero hensem tue sembang dgn dia kt bawah pokok.... mmg selalu aku berangan jadik dia time tue, benda2 romantik nie blh berangan jer, klu realiti jgnla mengharap nanti kecewa.. aku bercakap berdasarkan pengalaman diri la...

Cukupla utk hari pertama.. esok2 kite berciter lagi..