Saturday, October 17, 2009

marah

hari ni, aku rase aku dh buat org marah.. klu org luar, aku tak kesah. tp org ni adalah org yg penting dalam hidup aku & org yg paling aku sayang... aku tak tau camne nk ckp or mintak maaf sbb dia tak marah/cakap aper yg dia marah. tp dia dingin..
aku rindu sgt kt dia yang ceria, yang menghiburkan, yang mewarnai hidup aku hari2 lalu, tp hari ni...

Friday, October 16, 2009

Al-fatihah buat nenek


nenek yg duduk di sebelah paling kiri

Yg ni, citer terkini.. Nenek hubby sebelah ayah, kembali ke rahmatullah pada 13/10/2009 9.10pagi. Dapat jer call dr hubby, aku terus ambk EL. Kitorg balik ambik Shahmi kt umah baby sitter & gerak g UKM, ambik ateh (adik ipar aku). kt kg, ramai dh ada.. aku sempat sedekahkan yasin sekali jer sbb Shahmi dh ngamuk2… rimas kot, ramai org….”org” yg datang… Kitorg duduk dlm keta sambil menunggu selesai mandikan jenazah. Aku tolong separuh jer masa mandikan sbb teringat ada anak kecik, bukan aper, takutla benda2 yg tak elok… terkilan jugak, sbb itu sepatutnya adalah hadiah terakhir aku buat nenek… aperpun, lebih kurang sebelum Asar, semuanyer selesai.

Aku last jumpe nenek masa openhouse kt umah PakLong Kg Baru. Nenek senyum2 jer time tue, cuma nenek ada mengadu badan dia ada sengal2 sket… walaupun aku kenal dgn nenek sempat dlm 3thn jer, tp bagi aku, nenek seorg yg happy, sihat and senang nk dibawa ke mana2… Anak2 & cucu2 nenek, rajin mengajak datang KL, jenjalan rumah dorg, kerap jugakla… aku rase dlm sebulan mesti ada sekali.. dan yg penting, nenek mmg tak penah menolak… memang sihat, masa raya aritu, masa kt dapur, mmg dia ada ngadu kate tgn dia sakit. Aku rase, sakit2, sengal2, tue semua tanda2 dia dalam 100hari, Cuma aku jer yg tak sedar. Nasibla raya tahun nie, aku bersama dia, klu tak rase terkilan jugak.. betul la org kate, ajal maut di tanganNya, masanya kita tak tahu. Hari ahad aritu, nenek masuk hospital sebab keracunan makanan, ari selasa…dia menghembuskan nafas terakhir… Allah memudahkan pemergiannya, kite nanti tak tau la camne… Al-Fatihah…

Raya 2009


Lama aku dah tak bercerita dlm blog nie, bukan aper, terlalu banyak nk cerita sampaikan tak tau mane satu nk citer dulu, hehehe…

Okla, bab raya… tahun nie belah hubby. Tp 1st pagi raya, kitorg kt belah aku dulu. Lepas makan & sesi bersalaman, trus jer gerak ke Greenwood, Nenek hubby sebelah ibu. Kt sana, makan lagi & bersalaman… pastu, terus gerak balik ke Melaka, Alor Gajah. Yang nie, belah Ayah mertua aku. Sampai jer dh petang. Takdela nk jenjalan mana. Cuma malam tue, kitorg pegi beraya rumah yg dekat2.. tp aku and Shahmi, sempat raya sebuah umah jer sbb kitorg berdua dh ngantuk, hehehe… Esoknye, barula beraya di rumah atuk & nenek sedara. Konvoi dalam 6-7keta gak la… Aku tak sure sangat nama panggilan dorg, tp 1st umah Nenek Busu, kt sini yg special rending itik. Nenek busu ni jual popia goreng, ala yg kecik2 tue… sedap ooo… yg best ada sekali tu, aku dapat makan yg panas2, baru lepas angkat dari kuali, hehehe… Rumah ke-2, aku panggil rumah bawah pokok, sbb keliling rumah dia banyak pokok, redup jer… Selalunyer rumah dia ni ada laksa, tp tahun nie takde lak, kepingin aku, hehehe… Rumah ke-3 yg dekat dgn masjid, kesian lak kt nenek ni, dia tak sihat, so kitorg takdela nk lelama kt sini. Rumah ke-4, aku panggil rumah padang… hubby tak puas hati bile aku kate ada padang, sbb kate dia bukannyer luas sgt smpi aku nk panggil padang… tak kesahlah, sbb aku rase mmg kwsn depan umah dia luas… kt sini, shahmi dh layan tdo… dari sampai hinggala nk balik… penat sgt la tue… Malamnyer sebelum balik kl, kitorg beraya kt sebelah umah nenek busu, klu tak silap yg nie sedara sebelah ibu mertua. Aku nie mmg pelupa bab2 nama org nie.

Yg tak bestnyer raya kali ni, aku kurang ambik gbr, sebabnyer…aku dah G***K…. argghhhh….tensen… daripada aku hangin tengok muka aku yg tembam, baik takyah ambik lgsg, ahaks!

email utk dikongsi bersama sbg tauladan

Email nie, aku dpt lama dh… tetibe rase nk share dgn kengkawan… salah klu tak berkongsi ilmu yg ada… harap2 email ni dpt membuka mata para isteri & suami supaya menjadi insan yg lebih memahami.. Insya Allah…

SUATU PERJALANAN

"Tanggungjawab suami selain memberi nafkah dan mencari rezeki, jangan lupa bimbing anak dan isteri. Kalau suatu hari berlaku selisih faham, jangan cepat menuding jari. Duduk berbincang dan cari kata sepakat. Tiada bumi tak ditimpa hujan." Teringat pesan ayah di suatu petang.

"Ayah dulu bila arwah mak mula bising bersuara, ayah tak balas dengan kata-kata. Ayah keluar hidupkan motor, pergi ke Behrang cari mee goreng mamak. Bila sampai saja di rumah, ayah hulur pada arwah Mak, muka yang tadi masam terus tersenyum riang. Suami kena tahu kesukaan isteri, supaya mudah memujuk hati," ayah menambah berkongsi pengalaman selama 41 tahun bersama arwah Mak.

Persefahaman antara suami dan isteri bukan boleh dicapai sehari dua. Ia merupakan satu perjalanan sepanjang usia perkahwinan. Cabaran dan dugaan pastinya tidak sama, di awal, pertengahan dan di hujungnya. Justeru, sikap saling memberi dan menerima sangat perlu dipupuk dan dibaja. Memberi kelebihan diri untuk saling melengkapi. Menerima kekurangan untuk saling menginsafi, suami mahu pun isteri bukanlah manusia sempurna.


SILAP ISTERI

Kesilapan isteri bermula apabila melupakan kebaikan suami kerana benci dengan sikapnya yang tidak menyenangkan hati. Silap menjadi dosa andai keistimewaan suami orang yang sering dibicara. Keburukan suami dijaja, atas alasan minta nasihat rumahtangga. Tapi apa maknanya kalau semua orang bercerita. Rasulullah SAW pernah mengingatkan melalui sabdanya yang bermaksud :

Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka". Seorang wanita lalu bangun bertanya, 'Apakah yang menyebabkan yang demikian? Adakah sebab kami ini kufur?' Rasulullah SAW menjawab, 'Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada dua tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu ke dalam neraka: Kamu banyak mengutuk atau menyumpah Kamu kufurkan kebaikan suami.'

Ada kalanya, isteri merajuk tanpa sepatah kata. Suami yang tak tahu menahu, terus buat biasa. Muka isteri semakin kelat, hilang serinya. Menahan ego diri, ingin dipujuk dengan kata cinta, namun tidak berbicara dan bersemuka. Suami tertanya-tanya sendiri, akhirnya terasa hati. Salah siapa agaknya, bila masing-masing memendam rasa. Kasih mula bertukar marah. Marah marak menyala benci.

YANG LEBIH, YANG KURANG

" Awak beruntung ye, dapat suami yang memahami. Tak seperti saya. Hari-hari menjeruk rasa, " luah seorang teman yang baru beroleh cahaya mata.

" Suami saya juga ada kurangnya. Tapi kelebihannya lebih banyak untuk saya perkatakan. Saya pun isteri yang ada salah dan silap, " jawab saya supaya dia buka mata.

"Ada suami yang tak pandai urusan rumah tangga, namun dia bijak berjenaka, meriah suasana. Ada suami yang jarang menghadiahkan bunga, tapi selalu membelanja anak dan isteri dengan makanan istimewa. Dan ramai juga suami yang tidak reti memujuk, bermain kata. Tapi mudah bertoleransi bila diminta bantu sini dan sana . Ketepikan kekurangannya dan ambil kelebihan. Pasti awak juga akan rasa bertuah beroleh suami seperti dia." pujuk saya lagi. Moga-moga dia berubah hati. Kembali 'memandang tinggi' kehadiran seorang suami.

ENGKAU TERBAIK UNTUKKU "Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri, buang yang keruh, ambil yang jernih. Baru teguh peribadi".

Wahai teman bergelar isteri, mari kita muhasabah diri. Pohon keampunan dari Ilahi agar cinta Nya bersemi kembali. Banyakkan istighfar dan juga sedekah, kerana janji Allah setiap kebaikan menghapus kejahatan. Susunkan jemari pintalah kemaafan dari lelaki bernama suami. Jangan bertangguh dan jangan lengah. Bimbang maaf tiada serinya lagi.

Pandang wajahnya, lihat matanya. Bisikkan di sanubari, " Terima kasih, suamiku. Engkau terbaik untuk diri ini." Ingat, kehidupan didunia adalah sementara dan jikalau kita dijodohkan, maka harus untuk mencari kebaikan dari apa jua kesalahan.

Mencari dan terus mencari cinta Ilahi. Saling berpesan-pesan kpd kebaikan..