Selamat menjalani ibadah terawikh, selamat berbuka puasa...
jgn luper baca niat & doa bebuka puasa
Aku hangin jer biler org yg tak penah2 tegur aku, tetibe jer mempersoalkan berat badan aku… Pelik kan??
Tapi aku terpikir jugak, gemuk sangat ker aku nie??? Nampak sgt ker pipi tembam? berlapis ker dagu aku? Lengan aku dah berotot ker?? Peha dah besar ker?? Adus, benda nie la yg memeningkan kepala aku dlm 2bulan nie.
Kalau kate aku makan byk, aku sukat tau aku nyer nasi. Mane penah tambah, mane penah betul2 satu senduk… Lauk pun aku dah tak makan mcm dulu2 sebelum aku kawin. Takde dah istilah ratah-meratah… Lepas bersalin pemakanan aku dah berubah, aku terpaksa control makan.. Tp masih takde perubahan…
Start esok, aku nak berdiet balik. Cuma kali ni, aku nk buat bersungguh2 lagi dari sebelum ni. Aku dah dapat semangat baru. Aku dah ada resepi baru. Member opis aku, S (bukan nama sebenar –saje jer taknk glamer kan nama dia dlm blog aku ni, hehehe…), dia yang bagi semangat and resepi. Aku nak cuba dulu seminggu. Kalau berjaya dan kalau tidak berjaya, aku akan citerkan balik selepas seminggu. Aku akan detail kan aper pemakanan aku & senaman yang aku buat. Berjaya atau tak berjaya sebenarnyer tak penting, aper yang penting, aku kena berusaha & mencuba. Betul kan?
P/s : Hubby, terima kasih banyak2 sebab tak jadi pengkritik dalam hal ini. Tapi Hubby adalah penyokong yang setia dalam segala usaha yang sayang buat, walaupun kekadang bunyinyer mustahil, hehehehe….
Birthday Hubby…
Aku rase, aku rase la… malas nk tanyer sendiri, klu tanyer Hubby mesti buat jawapan yg tak bape nk ikhlas dari hati…
Aku rase Hubby gumbire menyambut birthday dia tahun nie, sbb sambut sampai 3kali… dapat makan 3jenis kek yg berbeza… aku pun tumpang tui.. hehehe…
Ahad (16/08/2009) –lewat 2hari dari birthday hubby, dalam kul 10.30pagi. kitorg sambut kat Ampang. Ibu, Diksu, Afif, Shahmi and aku. Hubby buat muka segan. Nasib ada Shahmi boleh cover sket. Hehehe… Yang takde Ayah (pegi main golf) and Diknas (kat Unisel, banyak assignment kot…aku tak call pun, takut dia terpaksa balik, jauh tue buat penat jer)
Petang dalam kul 2 kot, klu tak silap…aku tak tengok jam, agak2 jer… kitorg sambut kat Gombak lak. Yang ada Ayah Mertua, Ibu Mertua, Kak Long (kakak Ipar), Ayang (Adik Ipar), Arif (Adik Ipar), Shahmi and aku. Yang takde, Ateh (Adik Ipar), dia kat UKM, tak dapat balik sebab banyak keje… biasa la bile dh start sem baru, macam2 la assignment nk kena buat. Ish, rindunyer zaman tue..
Aku banyak kali jer tanye hubby, “sayang nampak tua dari hubby tak?” Alah, korang pun dapat teka aper jawapan dia….
Mmg dari dulu lagi Hubby seorg jer yang tak penting pada pernampilan aku. Dia kate nie semua duniawi… Walau aper pun jawapan dia, aku sentiasa rase takut dgn usia dan penampilan, nape??? Yelah setiap tahun, aku akan tetap 5bulan tua dari dia, ayak!
Aku ada banyak pending cerita, pasal g PD, g Cherating, g Terengganu.. Ish bile la dapat citer… nanti2 la aku try jugak cari masa…
Hari ni aku nk buat pembetulan sket… diksu baca blog aku semalam, pastu dia kate… “oo..baru adik tau, ko tak suke bawak shahmi jalan2 yer…”
Sebenarnyer bukan aku tak suker, bawak Shahmi jalan2… aku tak suker bawak Shahmi jalan2 sekarang…time tengah panas utk kes H1N1 nie jer… aku lagi tak bape nk suke2 tinggalkan Shahmi dgn org. Hati tak tenteram… klu dgn baby sitter, weekdays jerlah.. klu weekend, Shahmi mmg dgn aku. So far, aku belum penah tinggalkan Shahmi utk pegi outstation atau ke mana2 la… dan aku harap aku tak kena buat keputusan itu…
Mama sayang Shahmi sangat2… ingat tau!